Sunday, 15 February 2015

TAYAMMUM





ASSALAMUALAIKUM AND HEY EVERYBODY ,,,  OUR ENTRY TODAY'S IS ABOUT TAYAMUM ...  



PENGERTIAN TAYAMMUM

Tayammum dari segi bahasa ialah qasad (mensahajakan). Tayammum ialah suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada umat Islam untuk dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menghalang daripada berwudu’ atau mandi wajibdisebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi mengharuskan melakukan ibadah.

Tayammum pada syara’ ialah menyapu muka dan kedua belah tangan meliputi siku dengan debu tanah yang bersih mengikut syarat-syarat yang tertentu. Ia difardukan sebagai ganti wudu’ atau mandi wajib .

RUKUN TAYAMMUM
  • Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala .
  • Menyapu Muka.
  • Menyapu Tangan.
  • Tertib.
SYARAT SAH BERTAYAMMUM
  • Menghilangkan najis terlebih dahulu.
  • Tanah debu yang suci.
  • Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah digunakan).
  • Ada qasad / niat penggunaan tanah.
  • Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan.
  • Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
  • Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja.
  • Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat sunat.
BAHAN-BAHAN UNTUK TAYAMMUM

Debu tanah yang bersih iaitu:
  • Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam. Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan debu.
  • Tidak dikategorikan sebagai abu.
  • Suci dan tidak bernajis.
  • Tidak musta’mal.
  • Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak berdebu.
  • Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding kerana tidak mengandungi debu tanah.


debu tanah yang suci
debu tanah yang dijual berbentuk botol

CARA BERTAYAMMUM
  1. Menepuk dua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.
  2. Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala . Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan sehingga menyentuh sebahagian muka.
    niat tayammum
  3. Menyapu muka.
  4. Selesai menyapu muka.
  5. Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum menepuk kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu dari debu tanah yang telah digunakan).
  6. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jaritangan kiri dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.
  7. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.
  8. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan(selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
  9. Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.

ANGGOTA TAYAMMUM


SEBAB-SEBAB DIHARUSKAN BERTAYAMMUM
  • Apabila tiada air atau ada air tetapi hanya mencukupi untuk keperluan makan minum.
  • Tidak dapat menggunakan air disebabkan penyakit yang dihidapi atau merbahaya bila dikenakan air.
  • Apabila penggunaan air boleh membahayakan kesihatan dan nyawa.
HIKMAH TAYAMMUM

Memberi kemudahan dalam mengerjakan ibadah ketika tidak dapat menggunakan air atau ketiadaan air.


No comments:

Post a Comment