Saturday, 14 February 2015

BAHAGIAN-BAHAGIAN NAJIS

السلام علايكم ورحمة الله وبركاته

untuk entri kali ini kami akan berkongsi pula tentang bahagian-bahagian najis . seperti yang sedia maklum najis terbahagi kepada 3 bahagian iaitu نجيس مغلظة (najis berat) , نجيس متوسطة (najis sederhana) dan juga نجيس مخففة ( najis ringan). kami akan menghuraikan satu demi satu pembahagian najis tersebut.

نجيس مغلظة (najis berat)

Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Antara contoh najis ini ialah air liur, peluh, daging, bulu dan benda yang diperbuat daripada haiwan itu.

babi


anjing

cara menyucikannya ialah :-
  • Bersihkan bahagian yang terkena najis.
  • Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
  • Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.

نجيس متوسطة (najis sederhana) 

Najis mutawassitah ialah najis sederhana. Contoh najis ini ialah darah, nanah, muntah, najis manusia dan bangkai. 


darah

tahi

muntah
cara menyucikan najis mutawassitah ialah : -
  • Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut. Sebaik-baiknya basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.

نجيس مخففة ( najis ringan)

Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Contoh najis ini ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu. 


cara menyucikan najis mukhaffafah : 
  • Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
  • Percikkan air di tempat yang terkena najis.
  • Lap dengan kain bersih sehingga kering.

No comments:

Post a Comment