ASSALAMUALAIKUM AND HEY EVERYBODY, FOR TODAY'S ENTRY, I WOULD LIKE TO SHARE ABOUT THE CALLING OF PRAYERS @ ADZAN AND IQAMAH ...
PENGERTIAN AZAN DAN IQAMAH
- Azan
dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana
sembahyang fardhu.
- Azan
dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara‘ pula
diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu
sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu
sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.
- Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin mengerjakan sembahyang.
HUKUM AZAN DAN IQAMAH
- Azan dan iqamah adalah sunnah mu’akkadah secara kifayah sebelum menunaikan setiap sembahyang fardhu sama ada dilakukan secara berjama‘ah atau bersendirian, sama ada sembahyang qadha’ atau tunai bagi orang lelaki.
- Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah) disunatkan secara ‘aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau berjama‘ah disunatkan melakukan iqamah sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikan suara mereka.
SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH
- Masuk waktu sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua azan. Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam.
- Hendaklah dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri dengan terjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa tersebut.
- Azan dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang daripada jama‘ah ketika sembahyang berjama‘ah.
- Tertib dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.
- Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
- Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.
PERKARA SUNAT SEMASA AZAN
- Mu’azzin hendaklah suci daripada hadath kecil atau hadath besar.
- Menghadap ke arah qiblat.
- Dilakukan oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring.
- Dilaungkan di tempat yang tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara.
- Dilakukan secara berdiri kecuali uzur.
- Memalingkan muka ke sebelah kanan semasa menyebut dan ke sebelah kiri semasa menyebut dengan keadaan dada yang tetap
- Melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap sebelum dinyaringkan.
- Melakukan tathwib semasa azan subuh iaitu menyebut kalimah sebanyak dua kali selepas laungan
- Meletakkan jari-jari tangan di kedua-dua telinga ketika azan dengan tujuan untuk meninggikan suara.
- Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan mengulangi apa yang disebut oleh mu’azzin kecuali ketika mu’azzin menyebut kalimahdan
CONTOH AZAN
![]() |
| contoh azan beserta makna |
CONTOH IQAMAH
![]() |
| contoh iqamah berserta maksud |
TUJUAN AZAN DAN IQAMAH DILUAR SOLAT
Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan iqamah juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain:
- Azan di telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamahkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam sendiri telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.
- Azan pada waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang bermusafir.
- Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah atau manusia yang menjadi liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan.








No comments:
Post a Comment