... بسم الله الرحمن الرحيم ...
Pada entri kali ini kami akan berkongsi tentang استنجأ ... sape tahu apa itu استنجأ ?? mungkin masih ada dari kalangan anda masih tertanya-tanya apa itu استنجأ ... baiklah, kami akan berkongsi dengan anda tentang استنجأ ...
MAKSUD ISTINJA'
Istinjak dari segi bahasa ialah putus. Manakala dari segi syarak pula ialah menghilangkan najis daripada kemaluan dengan menggunakan air, batu, atau kedua-duanya, atau sesuatu yang dibolehkan syara’ untuk bersuci.
HUKUM ISTINJA'
Wajib istinjak dengan air atau dengan batu atau suatu yang keras dan suci dan kesat serta tidak dihormati. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya : “Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; 'kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . Yang seorang diseksa kerana mengumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Dosa bagi sesiapa yang meninggalkan istinjak dengan sengaja kerana orang tersebut berada didalam kekotoran.
RUKUN ISTINJA'
- Islam
- Alat untuk istinjak, seperti air, batu, kertas atau seumpamanya.
- Tempat yang diistinja iaitu qubul dan dubur
- Istinjakkan itu membersihkan sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur atau dubur.
SYARAT ISTINJA'
CARA ISTINJA'
- Menghapuskan rasa najis.
- Menghapuskan bau najis.
- Menghapuskan warna najis.
ALATAN UNTUK ISTINJA'
![]() |
batu |
![]() |
air |
![]() |
tisu |
![]() |
daun kering |
CARA ISTINJA'
- Istinjak mestilah 3 kali berturut-turut, jika masih belum suci, boleh diulang lagi basuhan sehingga suci.
- Alat dibuat istinjak mestilah melingkupi tempat yang disapu.
- Beristinjak mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar dari kemaluan manusia.
ALATAN YANG HARAM DIGUNAKAN UNTUK ISTINJA'
![]() |
tulang/sisa makanan |
![]() |
alatan yang tajam dan membahayakan |
No comments:
Post a Comment