Sunday, 22 February 2015

Sunday, 15 February 2015

ADZAN AND IQAMAH


ABLUTION

.... بسم الله الرحمن الرحيم ....

TAYAMMUM

ISTINJA'

... بسم الله الرحمن الرحيم ...

Pada entri kali ini kami akan berkongsi tentang استنجأ ... sape tahu apa itu استنجأ ?? mungkin masih ada dari kalangan anda masih tertanya-tanya apa itu استنجأ ... baiklah, kami akan berkongsi dengan anda tentang استنجأ ...

MAKSUD ISTINJA'

Istinjak dari segi bahasa ialah putus. Manakala dari segi syarak pula ialah menghilangkan najis daripada kemaluan dengan menggunakan air, batu, atau kedua-duanya, atau sesuatu yang dibolehkan syara’ untuk bersuci.

HUKUM ISTINJA'

Wajib istinjak dengan air atau dengan batu atau suatu yang keras dan suci dan kesat serta tidak dihormati. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya : “Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; 'kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . Yang seorang diseksa kerana mengumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Dosa bagi sesiapa yang meninggalkan istinjak dengan sengaja kerana orang tersebut berada didalam kekotoran.

RUKUN ISTINJA'
  • Islam
  • Alat untuk istinjak, seperti air, batu, kertas atau seumpamanya.
  • Tempat yang diistinja iaitu qubul dan dubur
  • Istinjakkan itu membersihkan sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur atau dubur.
SYARAT ISTINJA'

  • Menghapuskan rasa najis.
  • Menghapuskan bau najis.
  • Menghapuskan warna najis.
  ALATAN UNTUK ISTINJA'


batu

air

tisu

daun kering

CARA ISTINJA'
  • Istinjak mestilah 3 kali berturut-turut, jika masih belum suci, boleh diulang lagi basuhan sehingga suci.
  • Alat dibuat istinjak mestilah melingkupi tempat yang disapu. 
  • Beristinjak mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar dari kemaluan manusia.
ALATAN YANG HARAM DIGUNAKAN UNTUK ISTINJA'

tulang/sisa makanan

alatan yang tajam dan membahayakan








Saturday, 14 February 2015

BAHAGIAN-BAHAGIAN NAJIS

السلام علايكم ورحمة الله وبركاته

untuk entri kali ini kami akan berkongsi pula tentang bahagian-bahagian najis . seperti yang sedia maklum najis terbahagi kepada 3 bahagian iaitu نجيس مغلظة (najis berat) , نجيس متوسطة (najis sederhana) dan juga نجيس مخففة ( najis ringan). kami akan menghuraikan satu demi satu pembahagian najis tersebut.

نجيس مغلظة (najis berat)

Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Antara contoh najis ini ialah air liur, peluh, daging, bulu dan benda yang diperbuat daripada haiwan itu.

babi


anjing

cara menyucikannya ialah :-
  • Bersihkan bahagian yang terkena najis.
  • Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
  • Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.

نجيس متوسطة (najis sederhana) 

Najis mutawassitah ialah najis sederhana. Contoh najis ini ialah darah, nanah, muntah, najis manusia dan bangkai. 


darah

tahi

muntah
cara menyucikan najis mutawassitah ialah : -
  • Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut. Sebaik-baiknya basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.

نجيس مخففة ( najis ringan)

Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Contoh najis ini ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu. 


cara menyucikan najis mukhaffafah : 
  • Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
  • Percikkan air di tempat yang terkena najis.
  • Lap dengan kain bersih sehingga kering.

Friday, 13 February 2015

JENIS-JENIS AIR

bismillahirrahmannirrahim.. harini kami akan berkongsi sdikit ilmu untuk korang yang tengah bace. ok semue mesti dah sedie maklumkan pasal jenis-jenis air ni. dari kite sekolah tadika sampailah sekarang , muallim kite mesti akan ajar pasal jenis jenis air ni kan .. apa fungsi jenis2 air ni ae ? haaa ingat lagi tak.. mesti ingat kan.. ok untuk asasnya air ade 4 jenis2 air : - 

AIR MUTLAK


Air mutlak adalah sebutan bagi air yang suci dan mensucikan.Disebut suci sebab air tersebut suci secara zat,tak bercampur dengan najis. Disebut mensucikan sebab air tersebut dapat di gunakan untuk bersuci dan menghilangkan hadas kecil mahupun besar, berwudhuk serta mandi wajib.

1. air laut
2.air perigi 
3.air hujan 

4.air embun

5.air salji

6.air mata air 

7.air sungai


AIR MUSTA'MAL

Air Musta'mal didefinasikan sebagai air yang kurang dari dua kolah (216 liter) yang terpisah atau mengalir dari atau pada anggota tubuh seseorang yang berwudhu' atau mandi wajib. Contohnya ialah terjatuhnya semula air yang sedang digunakan bagi berwudhu' ke dalam bekas simpanan air yang digunakan sebagai sumber air wudhu' atau air yang sama (tidak mengalir dari sumber yang baru) yang digunakan bagi mengulang-basuh keseluruhan anggota wudhu'. Air Musta'mal juga dikenali ramai sebagai air yang suci tetapi tidak menyucikan.

air pada bulatan tersebut dipanggil air must'mal



AIR MUSYAMMAS

Air yang makruh digunakan untuk bersuci seperti contoh : -


air kopi atau air minuman yang lain




AIR MUTANAJJIS

Air Mutanjjis ialah air telah bercampur dengan najis atau kotoran lain. 



Air ini telah bercampur dengan najis sehingga menukar warna, rasa dan air tersebut